Sesi persekolahan tahun depan dibuka 20 Januari - Utusan Malaysia

Sesi persekolahan tahun depan dibuka 20 Januari

MOHD. RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menetapkan pembukaan penggal pertama persekolahan untuk tahun depan adalah pada Rabu bersamaan 20 Januari.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Mohd. Radzi Jidin berkata, kerajaan menetapkan pembukaan sekolah agak lewat berdasarkan Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021.

“Ia bermakna cuti persekolahan bagi 2020 akan diteruskan sehingga 20 Januari 2021.

“Apabila saya mengumumkan cuti dipendekkan untuk 2020, kita merancang sesi persekolahan 2021 perlu dilewatkan,” katanya menggulung perbahasan usul titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat semalam.

Sebelum ini, kementerian meminda Takwim Penggal Persekolahan 2020 untuk membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran murid.

Pindaan itu membabitkan cuti pertengahan penggal dua yang dikurangkan daripada sembilan hari kepada lima hari.

Ia bermula pada 20 Ogos sehinga 24 Ogos 2020 membabitkan sekolah kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu dan kumpulan B membabitkan Melaka, Ne­geri Sembilan, Pahang, Pe­rak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Sela­­­n­gor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Selain itu, cuti akhir tahun bagi sekolah dalam kumpulan A dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari manakala sekolah dalam kumpulan B, 41 hari kepada 13 hari.

Cuti akhir tahun akan bermu­la pada 18 Disember 2020 bagi kumpulan A dan 19 Di­sember untuk kumpulan B. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya