`Serina jaga anak bongsu, bekas suami jaga anak sulung' - Utusan Malaysia

`Serina jaga anak bongsu, bekas suami jaga anak sulung’

Pelakon Serina Redzuawandi Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon Serina Redzuawan lega mendapat hak penjagaan kekal ke atas anak keduanya, Isabella Saffiya O’luanaigh,9, manakala bekas suaminya, diberi hak menjaga anak sulung mereka iaitu Tristan Tareef O’luanaigh,10.

Keputusan tersebut dibuat Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas Serina, anak kepada selebriti terkenal cef Wan membuat permohonan mengubah perintah hadanah (hak penjagaan anak) kekal tersebut tiga tahun lalu.

”Saya bersyukur kerana mahkamah memberikan keputusan terbaik dengan Gavin mendapat hak jagaan anak lelaki. Mahkamah buat keputusan ini mungkin tidak mahu berlaku lagi pergaduhan.

“Perintah penjagaan kedua-dua anak yang dijaga Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar,43, sebelum ini terbatal,” kata Serina.

Hakim Syarie Salehan Md. Yatim membuat keputusan itu selepas mahkamah meneliti fakta dan berpuas hati dengan permohonan dikemukakan Serina,36, untuk mengubah perintah hadanah kekal.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bekas suami Serina, Gavin  selaku responden mendapat hak penjagaan kekal terhadap anak sulung lelaki mereka, Tristan Tareef O’luanaigh,10.

Dalam prosiding itu, Serina hadir dengan diwakili peguam syarie Datuk Seri Amli Embong manakala Gavin diwakili peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Pada 26 Februari 2018, Serina memfailkan permohonan mengubah perintah hadanah kekal atas alasan antaranya Gavin, warga Britain itu didakwa tidak mengamalkan cara hidup Islam dan bimbang anak-anaknya akan murtad.

Pada masa sama, Serina khuatir anak-anaknya akan dibawa keluar dari Malaysia kerana keluarga bekas suaminya berada di London.

Pada Julai 2018, mahkamah sama menolak permohonan Serina untuk mendapatkan hak jagaan sementara bagi kedua-dua anaknya kerana telah ada hak penjagaan kekal dipersetujui bersama sebelum ini.

Mahkamah turut menegah Serina dan Gavin membawa anak-anak mereka ke luar negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya