Sebuah negara Islam membangun boleh selesaikan isu Palestin, Kashmir - Dr. M - Utusan Malaysia

Sebuah negara Islam membangun boleh selesaikan isu Palestin, Kashmir – Dr. M

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kewujudan sebuah negara Islam yang maju dan membangun dilihat dapat menamatkan dilema kezaliman terhadap umat Islam seperti mana yang berlaku di Palestin, Kashmir di India dan melibatkan etnik rohingya di wilayah Rakine, Myanmar.

Perkara itu ditegaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika hadir merasmikan Hari Solidariti untuk Kashmir di Hotel Intercontinental di sini hari ini.

Beliau berkata, meskipun rata-rata negara Islam sering melaungkan bahawa setiap negara Islam itu adalah bersaudara, namun perkara itu tidak dipraktikkan lantas menyebabkan umat Islam sering diperlekehkan pihak tertentu terutama dunia barat.

“Apa yang diperlukan dalam dunia Islam pada hari ini adalah sekurang-kurangnya satu negara Islam yang membangun sama seperti empayar Uthmaniyah suatu masa dulu.

“Sayang, sekarang tidak ada satu pun negara Islam seperti itu dan nampaknya negara sedemikian tidak akan wujud kerana terlalu sibuk dengan hal-hal tidak sepatutnya,” katanya.

Yang turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Datuk Abdul Ghani Shamsuddin

Sementara itu dalam perkembangan lain, berhubung kerjasama antara parti baharunya dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai blok pembangkang, Dr. Mahathir memberitahu, sehingga kini masih belum ada sebarang perbincangan ke arah itu.

Perkara itu secara jelas menafikan kenyataan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang menyatakan parti baru Dr. Mahathir ada memohon kerjasama daripadanya untuk mendepani Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim.

“Saya tidak tahu apa dia (Anwar) kata. Saya kena kaji tengok,” ujarnya ringkas ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya