Sayap baharu Bersatu guna logo sama - Utusan Malaysia

Sayap baharu Bersatu guna logo sama

Rais Yatim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sayap baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dijangka ditubuhkan Oktober ini akan menggunakan lambang sedia ada.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, parti itu akan meminda perlembagaan bagi membolehkan golongan bukan bumiputera menjadi ahli bersekutu tanpa menyentuh hak ahli bumiputera.

Malah katanya, pindaan dibuat nanti memberi peluang kepada ahli bersekutu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) terutama di kawasan majmuk.

“Ahli bersekutu boleh menjadi ahli seumur hidup di semua peringkat. Sayap baharu ini untuk perjuangan berteraskan masyarakat majmuk tanpa menyentuh hak istimewa bumiputera.

“Perlu diingat kita bersatu bukan hanya dalam hal bumiputera tetapi dalam pelbagai keadaan termasuk kepentingan negara serta rakyat supaya menjadi lebih realistik,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin yang bercadang menubuhkan sayap baharu parti itu.

Dalam pada itu, Rais berkata, ahli bumiputera dalam Bersatujuga tidak perlu berasa terancam tentang hak dan keistimewaan mereka dalam parti.

Katanya, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti akan mengadakan perbincangan mengenai isu terbabit.

“Keahlian bukan bumiputera sebenarnya satu pembaharuan yang sangat positif. Kalau kita tidak ikut bermakna kita tidak realistik dalam memperjuangkan rakyat,” ujanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN