Rokok seludup, mercun RM25,000 dirampas - Utusan Malaysia

Rokok seludup, mercun RM25,000 dirampas

AB. Rashid Mat Daud (dua kiri) menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di Wakaf Baharu, Tumpat, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Polis merampas 68,800 batang rokok seludup dan pelbagai jenis mercun bernilai RM25,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Wakaf Bharu, di sini semalam.

Ketua Polis Dearah, Superintanden Ab. Rashid Mat Daud berkata, dalam serbuan pukul 1.30 petang itu, polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang dipercayai pengedar rokok bagi membantu siasatan kes tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas rumah tersebut menemukan 346 karton pelbagai jenis rokok seludup.

“Kita tidak menolak kemungkinan rokok-rokok ini untuk pasaran tempatan. Pemeriksaan di dalam rumah berkenaan turut menemukan 105 kotak dan 414 batang mercun,” katanya di sini hari ini.

Ab. Rashid memberitahu, siasatan awal mendapati suspek mengedar rokok seludup di kawasan berkenaan sejak dua bulan lalu.

Katanya, saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah.

“Suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkait dengan kes curi dan dadah. Dia direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 Akta Kastam dan Sekyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya