RM810,000 minuman keras dirampas - Utusan Malaysia

RM810,000 minuman keras dirampas

MINUMAN keras dan kenderaan yang dirampas PPM Wilayah Dua dalam serbuan berasingan di sekitar Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 483 karton minuman keras dianggarkan bernilai RM810,898.20 dalam dua serbuan di sekitar Gelang Patah, di sini semalam.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, kejayaan tersebut hasil risikan terhadap aktiviti penyeludupan di pesisir Pantai Forest City di sini.

“Risikan seterusnya mendapatibarang diseludup dibawa menaiki kenderaan untuk disimpan di premis ditetapkan sebelum diedar ke pasaran dalam satu operasi menerusi serbuan pertama pada pukul 4
petang.

“Serbuan di lokasi kedua pada pukul 5.30 petang pula dilakukansetelah pihak berkuasa menerima maklumat hasil soal siasat terhadap orang yang disyaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Muhd. Zailani berkata, dalam kedua-dua serbuan itu, pihak nya menemukan 21 kotak mengandungi 483 karton minuman keras pelbagai jenis disyaki tidak bercukai selain merampas sebuah kenderaan
Honda Odyssey.

“Dalam operasi sama, seorang lelaki tempatan yang merupakan penjaga premis berusia 46 tahun ditahan.

“Kesemua barang rampasan dibawa ke markas PPM Wilayah Dua Johor untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d), Akta Kastam 1967 dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya