RM100 juta bantu lapan sektor utama - Utusan Malaysia

RM100 juta bantu lapan sektor utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Unit Pe­neraju Agenda Bumiputera (Teraju) di bawah Jabatan Perdana Menteri memperuntukkan sejumlah RM100 juta untuk program Dana Kemakmuran Bumiputera (DKB) sebagai pemangkin membangunkan ekonomi negara menerusi sektor swasta.

Program baharu itu memberi keutamaan terhadap lapan sektor utama antaranya pembuatan, pertanian dan industri bio, ekonomi digital, perkhidmatan kejuruteraan atau pembangunan hartanah di atas tanah rizab Melayu, tanah wakaf, tanah adat Sabah dan Sarawak. Tiga sektor lain meliputi minyak dan gas, logistik dan ruminan di Sabah dan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, program tersebut sebagai inisiatif kerajaan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan merangsang pelaburan baharu oleh syarikat bumiputera berkelayakan selaras dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Program ini memberi soko­ngan dalam bentuk tipping point agar projek yang dilaksanakan lebih berdaya maju dan berdaya saing, mewujudkan peluang pekerjaan di semua peringkat dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan penggunaan sistem automasi berteknologi tinggi.

“Ia (DKB) juga adalah agenda kerajaan sebab bumiputera perlu diberi perhatian. Jika dilihat melalui data yang ada, banyak golongan bumiputera yang jauh ketinggalan,” katanya kepada pemberita semasa sidang media pelancaran program Dana Kemakmuran Bumiputera, di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan akan membiayai kos projek yang layak iaitu sekurang-kurangnya RM500,000 hingga RM100 juta bagi pembelian mesin dan kelengkapan peralatan atau RM2.5 juta hingga RM100 juta bagi projek pembangunan.

Bagaimanapun, tambahnya, kos tersebut tidak mengambil kira harga tanah, perbelanjaan operasi termasuk modal kerja dan kos-kos berkaitan aset tidak ketara serta kos perkhidmatan.

Berhubung syarat kelayakan bagi mana-mana syarikat terlibat yang ingin memohon, sekurang-kurangnya 60 peratus pegangan saham efektif syarikat pemohon dimiliki oleh bumiputera dan kemajuan projek tidak melebihi 30 peratus daripada keseluruhan pemba­ngunan projek semasa permohonan diterima.

“Syarikat adalah pemohon kali pertama dan tidak pernah menerima bantuan geran Dana Mudahcara Teraju dan ia hendaklah diperbadankan di negara ini di bawah Akta Syarikat 2016.

“Bagi syarikat konglome­rat, syarikat tersenarai awam dan anak syarikatnya, syarikat milik kerajaan (GLC), koperasi, yayasan, persatuan dan pertubuhan tidak layak memohon program ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya