Remaja tunggang Ducati maut kemalangan - Utusan Malaysia

Remaja tunggang Ducati maut kemalangan

ducati
Motosikal jenama Ducati yang dibawa Muhammad Zul Iskandar Nizam, 18, bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Taman Seri Impian, Johor Bahru semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG : Seorang remaja 18 tahun maut apabila motosikal jenama Ducati yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Taman Seri Impian di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, mangsa, Nur Muhammad Zul Iskandar Nizam meninggal dunia di lokasi kejadian akibat dirempuh lori tersebut dalam kemalangan kira-kira pukul 2 petang itu.

“Mangsa dalam perjalanan ke kedai dari rumahnya. Apabila tiba di lokasi, sebuah lori membelok dan merempuh motosikal ditunggangnya. Lori berkenaan arah bandar Kluang yang hendak menghantar barang di kawasan terbabit.

“Pemandu lori 55 tahun dan kelindan berusia 19 tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya