Rasuah: Tiga termasuk dua beradik ditahan - Utusan Malaysia

Rasuah: Tiga termasuk dua beradik ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiga individu termasuk dua beradik ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki bersubahat meminta dan menerima rasuah bernilai lebih RM18,000, hari ini.

Menurut sumber, pegawai wanita berusia 37 tahun tersebut yang berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan di Selangor ditahan di Sungkai, Perak kira-kira pukul 11.45 pagi ini.

Sumber itu berkata, adiknya dan seorang lagi suspek yang masing-masing berusia 27 dan 43 tahun ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 5 petang selepas hadir memberi keterangan.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek bersubahat meminta dan menerima wang suapan daripada sebuah syarikat sebagai balasan dan dorongan membantu untuk mendapatkan kontrak pembekalan di jabatan kerajaan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk mendapatkan perintah reman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya