Rakyat semakin terima BN - Utusan Malaysia

Rakyat semakin terima BN

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menunjukkan penerimaan rakyat terhadap BN begitu kuat.

Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, sokongan yang ditunjukkan rakyat terhadap BN itu seharusnya mendorong pemimpin melaksanakan tugas dengan lebih baik.

Menurutnya, kemenangan besar itu akan dibawa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Kita berdepan cabaran lebih besar di Sabah. Kita mahu melihat Sabah semakin maju, terbela namun kita tahu Sabah telah lama menjadi mangsa percaturan politik parti Warisan.

“Untuk itu, Sabah perlu ada satu lonjakan politik dan kita harap kemenangan DUN Slim ini turut mendorong semangat semua pengundi di Sabah untuk bersama-sama kita,” katanya selepas pengumuman rasmi keputusan PRK DUN Slim di Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) di sini semalam.

Mengenai kemenangan BN, Annuar Musa berkata, kemenangan itu dibantu semua jentera kempen yang bekerja keras terutama parti komponen BN, rakan BN dan parti dalam Muafakat Nasional (MN).

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan Perak, Datuk Saarani Mohamad selaku Pengarah PRK DUN Slim.

“Tahniah kepada Mohd. Zaidi yang menang dengan majoriti yang besar. Saya harap ini tidak melalaikan kita tetapi meningkatkan keazaman untuk terus menguatkan parti BN,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN