Pusat Asasi UiTM anjur persidangan secara maya - Utusan Malaysia

Pusat Asasi UiTM anjur persidangan secara maya

UiTM mengadakan persidangan secara maya baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah melakar sejarah apabila berjaya menganjurkan persidangan antarabangsa buat julung kalinya dengan norma baharu pada 4 Julai  lepas.

Dalam persidangan maya ini, pihak penganjur telah menerima penyertaan sebanyak 106 kertas penyelidikan dalam bidang sains, teknologi dan sains sosial.

Bertemakan ‘Harnessing Potential and Leading Transformational Change’, persidangan ini telah berjaya menjadi platform kepada para penyelidik dan ahli akademik untuk berkongsi pandangan berguna mengenai bidang yang berkaitan dengan perubahan transformasi dalam perkembangan abad ke-21, penyelidikan saintifik dan perkongsian pengetahuan.

Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim dalam ucapan perasmian beliau berkata, persidangan maya ini bukan sahaja dapat membiasakan kita dengan norma baharu malah dapat membuktikan bahawa program seperti ini mampu dijayakan dengan lebih fleksibel dan membuka peluang kepada lebih banyak perkongsian ilmu.

Presiden Akademi Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail  yang merupakan nama besar dalam bidang akademik dan penyelidikan telah dijemput sebagai Penceramah Utama.

Melalui ceramah beliau berkenaan penghasilan penyelidikan berimpak dan perubahan transformasi, beliau menyatakan di waktu pandemik sebegini, perkongsian maklumat dan pengetahuan menjadi semakin luas.

Penyelidik tidak lagi tertumpu kepada hasil penyelidikan sendiri tetapi lebih kepada mencari solusi untuk semua permasalahan. Beliau juga turut menyatakan bahawa penyelidik perlu kembali kepada asas dengan memikirkan tujuan utama menjalankan penyelidikan iaitu untuk menghasilkan impak terhadap matlamat pembangunan mampan.

Kejayaan persidangan ini dapat dilihat melalui penyertaan beberapa peserta dari luar negara termasuk Indonesia, Vietnam, Nigeria, Pakistan dan Brunei. Penganjuran program seperti ini akan terus dipergiatkan bagi mencapai sasaran UiTM untuk menjadi universiti global yang terkemuka dalam bidang sains, teknologi, kemanusiaan dan keusahawanan pada tahun 2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya