Proses pengundian PRK Slim bermula 8 pagi - Utusan Malaysia

Proses pengundian PRK Slim bermula 8 pagi

slim
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) boleh mengadakan proses membuang undi lebih sehari supaya Pilihan Raya Negeri Melaka berlangsung dalam suasana selamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berjalan hari ini menggunakan pendekatan baharu ekoran penularan wabak COVID-19.

Pengundi sudah mula hadir ke 12 pusat mengundi membabitkan 54 saluran dibuka mulai 8 pagi hingga 5.30 petang.

Proses pengudian membabitkan 22,749 pemilih berdaftar yang layak menunaikan tanggungjawab mereka.

DUN Slim turut mempunyai 267 pengundi awal dan 78 orang mengundi secara pos yang sudahpun menunaikan tanggungjawab mereka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula telah melantik 689 petugas bagi mengendalikan proses pengundian hari ini.

Semua 12 pusat mengundi mula dibuka pada pukul 8 pagi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Sulaiman; SK Trolak Utara; SK Trolak Selatan; SK Seri Besout; SK Besout 3 dan 5; SK Kuala Slim; SK Slim River; SK Aminudin Baki; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungkai; SJKT Ladang Kelapa Bali dan SJKT Trolak.

Disebabkan negara masih lagi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) proses pengundian mengikut prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19, selepas PRK DUN Chini pada 4 Julai lepas.

Ini termasuk para pengundi perlu mengenakan pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal, mencuci tangan dan saringan suhu badan.

PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon Bebas iaitu peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, mewakili Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang masih dalam proses pendaftaran serta bekas guru S. Santharasekaran.

Ketiga-tiga calon yang bertanding itu bagaimanapun tidak mengundi di DUN berkenaan.

Kerusi DUN Slim kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim selama empat penggal, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dari BN yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung pada 15 Julai.

Pada PRU14, Mohd Khusairi menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan daripada jumlah itu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempunyai 33 kerusi terdiri daripada BN (25) yang kesemuanya UMNO, Bersatu (lima), PAS (tiga) manakala blok pembangkang terdiri daripada DAP (16), Amanah (lima), PKR (tiga) dan Gerakan (satu).

Bebas mempunyai satu kerusi yang menyokong kerajaan PN negeri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya