KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September ini sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri Sabah.
Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom yang membuat pengumuman di Kota Kinabalu berkata, untuk tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 12 September.
Terdahulu Azmi mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya di sebuah hotel di bandar raya berkenaan.