Polis Johor nafi banyak kes budak, remaja hilang - Utusan Malaysia

Polis Johor nafi banyak kes budak, remaja hilang

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor menafikan satu video rakaman suara tular di media sosial berhubung dakwaan kononnya banyak kes kehilangan kanak-kanak dan remaja di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, rakaman itu adalah suara lama dan perkara itu telah dinafikan polis.

“Itu video lama dan ia tidak betul. Saya minta orang sebar kesahihannya sebelum sebar kepada orang ramai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas satu rakaman video yang mendakwa ada kes kehilangan di negeri ini dan kejadian itu berlaku di Kahang, Kluang dan Mersing.

Rakaman video itu mendakwa penculik menyasarkan mangsa berusia  12 hingga 20 tahun untuk mengambil anggota badan bagi dijual.

Selain itu, suara itu juga mendakwa kejadian sama pernah berlaku di Rompin, Pahang dan dikatakan sebanyak 16 orang telah hilang.

Suara tersebut  menyebut satu laporan polis telah dibuat berhubung kes kehilangan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya