Polis berkas enam lagi suspek kes samun warga asing - Utusan Malaysia

Polis berkas enam lagi suspek kes samun warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis berjaya memberkas enam lagi suspek yang terlibat dalam kes samun tepi jalan yang mensasarkan warga asing sebagai mangsa, di sini kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, penangkapan enam lelaki tempatan itu berkait rapat dengan penahanan empat suspek kelmarin. 

“Kesemua lelaki berusia 18 hingga 53 tahun itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9), Bahagian Siasatan Jenayah. 

“Soal siasat mendapati dua daripada enam suspek itu bertindak sebagai pembeli hasil samun,” katanya melalui kenyataan di sini hari ini. 

Menurutnya, penahanan enam lelaki itu berjaya menyelesaikan kes samun yang dilakukan sepanjang tahun 2019 hingga tahun ini di kawasan Klang Utara. 

“Semakan mendapati lima daripada enam suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkait dengan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK), 3 APD, 457 KK, Seksyen 394, Akta Dadah Berbahaya (ADB) 15(1) dan Seksyen 457 KK.

“Pada masa sama, kita turut merampas empat komputer riba, sembilan tab dan 17 telefon bimbit pelbagai jenama,” katanya. 

Katanya lagi, kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 KK. 

Terdahulu, polis berjaya menahan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kes samun seorang pembantu restoran di hadapan tempat kerjanya di Taman Aman Perdana, Klang, di sini kelmarin. 

Semua suspek yang berumur antara 18 dan 35 tahun itu ditahan di beberapa lokasi pada kira-kira pukul 1.30 pagi, iaitu dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya