PN perlu segera dapat mandat baharu - Utusan Malaysia

PN perlu segera dapat mandat baharu

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Perikatan Nasional (BN) tiada pilihan selain perlu segera mendapat mandat baharu rakyat menerusi pilihan raya umum (PRU) bagi membentuk kerajaan yang lebih kukuh.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini bagi mengelak tuduhan berterusan terhadap PN sebagai kerajaan kerajaan pintu belakang dan tebuk atap oleh pembangkang kerana mendapat sokongan hanya 113 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

“Kita tidak ada pilihan melainkan memperoleh mandat baharu dari rakyat untuk elakkan tuduhan berterusan.

“Kerajaan sekarang mesti mengembalikan hak memilih kerajaan dan kuasa rakyat mesti dikembalikan supaya rakyat boleh memilih semula.

“Untuk memilih semula, PRU Ke-15 jangkaan saya akan diadakan dalam waktu terdekat,” katanya berucap pada ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Pekan Lama Sungkai dekat sini malam tadi.

Mengenai sokongan terhadap PN, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menegaskan, biarpun UMNO tidak menyertai PN, namun parti itu masih mendukung gabungan berkenaan sebagai kerajaan.

“Walaupun secara formal kita bukan menjadi anggota pada PN namun roh Muafakat Nasional yang menjadi asas besar kepada kestabilan politik boleh terus membawa kestabilan politik,” katanya.

Berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Ahmad Zahid berkata, UMNO dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di bawah calon UMNO dan BN di Sabah akan menggunakan lambang BN dalam PRN negeri itu.

Menurutnya, manakala parti-parti lain terpulang kepada parti berkenaan walau ada cadangan menggunakan lambang PN yang belum dilancarkan.

“Kita optimis rundingan yang sedang berjalan ketika ini mampu menghasilkan kesepakatan dengan semua parti setuju untuk bersama dalam satu gabungan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya