PKPD empat mukim, dua daerah di Kedah bermula hari ini - Utusan Malaysia

PKPD empat mukim, dua daerah di Kedah bermula hari ini

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meluluskan permohonan kerajaan negeri Kedah untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran (Temco) di dua daerah di negeri itu.

Tempoh Temco berkenaan adalah selama 27 hari iaitu bermula dari 3 sehingga 30 Ogos ini.

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah radius satu kilometer dari Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh (Mukim Hosba, Kubang Pasu); Kampung Pida Satu, Megat Dewa (Mukim Ah,Kubang Pasu); Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjal, Kubang Pasu) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu mengambil kira 11 kes baru yang berpunca dari Kluster Sivagangga di Kedah yang melibatkan empat mukim.

“Kerajaan negeri Kedah telah memohon untuk melaksanakan Temco.

“Pelaksanaan PKPD secara pentadbiran ini akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan penutupan beberapa jalan utama sekitar,” katanya dalam laporan harian perkembangan Kawalan Pergerakan, di sini hari ini.

Tambah Ismail Sabri, petugas Kementerian Kesihatan akan membuat ujian saringan ke atas kira-kira 7,000 penduduk di kawasan yang terlibat.

Katanya, kawasan masjid dan rumah ibadat di dalam kawasan tersebut turut ditutup bagi aktiviti keagamaan termasuk solat Jumaat.

“Jemaah dibenarkan seramai tiga orang untuk melaksanakan solat jemaah di masjid tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya