PKPD dilaksanakan selepas syor KKM - Utusan Malaysia

PKPD dilaksanakan selepas syor KKM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) secara meluas di sesuatu daerah hanya dilaksanakan jika mendapat syor Kementerian Kesihatan.

Menteri Kanan (Keselamatan) , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selain itu dilihat jika mempunyai asas yang kuat untuk kerajaan berbuat demikian.

Sehubungan itu, beliau menafikan faktor kekurangan dana dan anggota keselamatan yang terhad untuk mengawal menjadi alasan tidak melaksanakan Temco secara meluas khususnya di Kedah.

“Kementerian Kesihatan membuat penilaian teliti dan membentangkannya pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri sebelum keputusan muktamad sama ada arahan Temco perlu dikeluarkan di sesuatu kawasan luas termasuk daerah tertentu.

“Jika Kementerian Kesihatan menyatakan tiada keperluan untuk mengadakan arahan Temco secara meluas mengikut daerah mahu pun kawalan pergerakan ketat antara daerah, kita tidak akan buat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Ulu Tiram di sini hari ini.

Kerajaan Negeri Kedah dilaporkan mengakui pernah mencadangkan supaya Temco diadakan secara meluas di negeri itu namun akur ia dilaksanakan mengikut kawasan sahaja berikutan kekangan tertentu.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Kerajaan Persekutuan kini mengambil pendekatan baharu dalam pelaksanaan Temco berbanding sewaktu awal wabak melanda negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya