PH masih ada tempat di Terengganu? - Utusan Malaysia

PH masih ada tempat di Terengganu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Pakatan Harapan (PH) Terengganu yakin parti itu masih mempunyai tempat di hati rakyat sekali gus mampu meraih sokongan lebih baik dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, kekalutan yang berlaku dalam komponen Perikatan Nasional (PN) terutama isu kerjasama dan persefahaman di samping soal agihan kerusi akan memberi kelebihan kepada PH dalam pilihan raya akan datang.

“Insya-Allah kita akan dapat ruang yang lebih baik daripada dulu kerana saya rasa sekarang ini rakyat keliru dengan PN dan Muafakat Nasional (MN).

“Banyak perkara yang tidak diselaraskan dalam pasukan kerajaan PN, adakah mereka benar-benar bersama? Malah, wujud dakwaan gabungan perikatan itu hanya untuk PRU-15 dan ia mungkin akan menjadi senario berlainan apabila tiba pilihan raya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

PN diramalkan berdepan banyak kesukaran menjelang PRU-15 berikutan kemelut pengagihan kerusi di antara UMNO, Pas dan Parti Pribumi Malaysia Bersatu (Bersatu).

Raja Kamarul Bahrin turut mempersoalkan sejauh mana kesatuan dalam permuafakatan politik antara sekutu PN di Terengganu apabila tiada wakil UMNO diberi ruang di peringkat negeri sedangkan Pas berjaya menduduki kerusi menteri dan timbalan menteri di peringkat Pusat.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu berkata, keadaan itu seolah-olah menggambarkan yang tiada timbal balas dalam gabungan tersebut.

“UMNO Terengganu mempunyai dua bekas menteri besar yang masih cergas dan aktif, tetapi mereka tidak dilantik dalam Exco kerajaan negeri, jadi apakah makna muafakat ini?

“Hakikatnya, mereka tidak ada persefahaman, hanya untuk menjadi kerajaan tetapi soal kerjasama, belum tentu atau belum jelas. Kalau isu ini pun tidak boleh diatasi apa lagi agihan kerusi yang mungkin boleh menyebabkan kemelut lebih besar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya