PGA rampas kain batik seludup bernilai RM182,000 - Utusan Malaysia

PGA rampas kain batik seludup bernilai RM182,000

SEBAHAGIAN kain batik lukis yang dirampas di Jalan Pintu Geng, Kelantan, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Cubaan menyeludup sebanyak 19 guni kain batik bernilai RM182,400 dari negara jiran gagal selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Pintu Geng, Wakaf Che Yeh dekat sini kelmarin.

Kenderaan jenis Mitsubishi Pajero itu ditahan anggota PGA selepas mengekorinya sejauh 25 kilometer.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8, Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, sepasukan anggota yang melakukan tugas rondaan rutin terserempak dengan kenderaan itu yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di jalan lama Pasir Mas-Kota Bharu.

“Anggota PGA mengekori Mitsubishi Pajero itu sehingga ke Jalan Pintu Geng dekat Wakaf Che Yeh.

“Terkejut melihat kenderaan mereka diekori, pemandu pacuan empat roda itu berhenti di bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Muhammad berkata, pemandu dan seorang penumpang hadapan bertindak melarikan diri ke dalam semak berhampiran selepas memberhentikan kenderaan itu.

Katanya, hasil pemeriksaan menemukan 19 bungkusan guni mengandungi kain batik lukis yang dipercayai diseludup masuk secara haram ke negara ini menggunakan pangkalan haram.

“Siasatan awal mendapati kain batik itu dibawa masuk untuk pasaran tempatan. Kesemua rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya