Perjalanan terakhir tiga beradik - Utusan Malaysia

Perjalanan terakhir tiga beradik

Mayat tiga beradik yang maut dalam nahas di Kilometer 18, Jalan Bentong-Raub semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Rombongan tiga beradik bersama tujuh yang lain dipercayai bagi menghadiri kenduri kahwin di Kelantan menjadi perjalanan terakhir apabila mereka maut selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan lori di Kilometer 18 Jalan Bentong-Raub di sini semalam.

Semasa kejadian mangsa-mangsa wanita itu menaiki kereta Proton Exora berkonvoi dengan sebuah lagi kereta Proton Saga. Kereta Proton Saga tersebut juga terlibat kemalangan kerana mengelak kon penyelenggaraan jalan.

Mereka yang terbunuh penumpang hadapan Proton Exora, Masitah Kassim@Ismail, 54, manakala penumpang belakang Norasmah, 55, serta Muslaini, 48.

Pemandu Proton Exora Muhammad Nurhuzaifah Abdul Rahman, 21, dan tiga lagi penumpang, Shamsiah Kassim@Ismail, 43, Mariah Kassim@Ismail, 46, dan kanak-kanak berusia enam tahun, Mohd. Akil Zairi cedera.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yusof Unis berkata, kejadian pukul 8.25 pagi berlaku ketika Proton Exora dinaiki tujuh individu dalam perjalanan dari Shah Alam ke pantai timur.

“Sampai di tempat kejadian terdapat sebuah lori membuat kerja-kerja penyelenggaraan di bahu jalan kiri, baru meletakkan kon di bahu jalan menyebabkan sebuah kereta yang sampai di tempat kejadian terkejut dan membrek.

“Ini menyebabkan Proton Exora tidak sempat membrek lalu melanggar bahagian kanan kereta berkenaan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori lain,” katanya di sini semalam.

Menurut Yusof, pemandu dan tiga penumpang Proton Saga serta pemandu lori tidak cedera.

Dalam pada itu, katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat manakala tiga mangsa yang cedera di rawat di hospital sama dan seorang lagi dibawa ke Hospital Raub.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan.

“Berdasarkan siasatan awal semasa kejadian permukaan jalan kering dan cuaca baik dan lokasi kejadian adalah jalan lurus,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya