Penunggang maut motosikal terbabas dalam longkang - Utusan Malaysia

Penunggang maut motosikal terbabas dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas dan jatuh ke dalam parit di Taman Cempaka di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 8.25 pagi itu mengakibatkan P. Paramaswaran, 57, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Khariri Nasarudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kemalangan itu pada pukul 8.28 pagi dan sepasukan anggota bersama sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian.

“Semasa anggota bomba tiba di tempat kejadian, mangsa masih berada di dalam longkang bersama motosikal jenis Honda Wave yang ditungganggnya.

“Anggota bomba membawa naik mangsa dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan di lokasi kemalangan mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia,” ujarnya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada pukul 10.10 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya