Peniaga dipenjara 36 tahun, 30 sebatan rogol anak - Utusan Malaysia

Peniaga dipenjara 36 tahun, 30 sebatan rogol anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang peniaga dihukum penjara 36 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan merogol anaknya yang berusia 10 tahun, tiga tahun lalu.

Hakim Wan Azimah Yaakob menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 51 tahun selepas pihak pembelaan diwakili peguam, Che Amir Che Musa gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas bukti-bukti dikemukakan.

Wan Azimah turut memerintahkan peniaga terbabit dipenjara 18 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua dengan hukuman berjalan secara berasingan.

Bagi pertuduhan ketiga pula, beliau mengarahkan tertuduh yang juga bapa kepada empat anak dipenjara 10 tahun dan 10 sebatan, namun ia berjalan serentak dengan hukuman pertuduhan pertama. 

Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol mangsa yang juga anak keduanya di sebuah rumah di Chalok, Setiu antara Januari 2017 hingga April 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan maksimum 10 kali jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang berusia 10 tahun ketika kejadian itu telah berpindah ke rumah datuknya di Selinsing, Pasir Puteh, Kelantan selepas peristiwa hitam berkenaan.

Perbuatan tertuduh merogol mangsa hanya terbongkar selepas neneknya terbaca dua surat luahan kanak-kanak perempuan yang menceritakan perbuatan berkenaan.

Wan Azimah membenarkan permohonan penangguhan hukuman terhadap anak guam Che Amir bagi membolehkan rayuan dilakukan di mahkamah tinggi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya