Penganggur didakwa pukul isteri lapan tahun lalu - Utusan Malaysia

Penganggur didakwa pukul isteri lapan tahun lalu

PENGANGGUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan sebatang besi sehingga cedera parah, lapan tahun lalu.

Tertuduh, Azlan Ramli, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Hasnah Jantan yang ketika itu berusia 32 tahun dengan cara memukul mangsa menggunakan sebatang besi.

Tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 9 malam di sebuah rumah di Bandar Hilir, pada 16 Disember 2012.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, sebelum kejadian berlaku pertengkaran ekoran salah faham antara pasangan suami isteri itu sehingga menyebabkan tertuduh berang dan memukul mangsa menggunakan batang besi berkenaan. 

Terdahulu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mazuin Hashim tidak menawarkan sebarang jaminan sebalik memohon satu tarikh sebutan baru untuk lantikan peguam bagi pihak tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 September depan sebagai sebutan semula kes dan lantikan peguam.  –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya