KULIM: Kebanyakan penduduk di kawasan penularan Covid-19 bagi Kluster Tawar di Sungai Karangan di sini mengambil langkah selamat dengan melaksanakan sendiri ‘lockdown’ bersama keluarga walaupun tiada arahan berbuat demikian dikeluarkan kerajaan Mereka mengambil keputusan untuk ‘tutup pintu’ rumah kerana bimbang dengan penularan wabak. Malah mereka tidak berani menghantar anak-anak mereka ke sekolah sejak Isnin lalu selepas seorang guru dan tiga pelajar di sebuah sekolah di sini disahkan positif Kluster Tawar. Seorang penduduk, Mohd. Azeman Omar berkata, penduduk mengambil inisiatif sendiri tidak keluar dari rumah untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya