Pemandu lori rentung langgar lori pasir - Utusan Malaysia

Pemandu lori rentung langgar lori pasir

Anggota bomba mengeluarkan pemandu lori yang rentung setelah lori dipandunya kemalangan dan terbakar di Lebuh Raya NKVE, awal pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pemandu lori ditemukan rentung selepas lori yang dipandunya melanggar sebuah lori pasir di Kilometer 6.2 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Shah Alam menghala Klang awal pagi ini.

Bagaimanapun, setakat ini, identiti lelaki terbabit belum dapat dikenal pasti berikutan kemalangan tersebut.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor, pihaknya menerima panggilan pukul 6.21 pagi dan seramai lapan pegawai serta anggota daripada balai bomba Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian pukul 6.32 pagi, api pada lori mangsa yang membawa muatan barangan logam sedang marak.

“Sebaik sahaja api dapat dikawal, pihak bomba telah mengeluarkan mangsa daripada lori tersebut. Namun, mangsa telah meninggal dunia dan rentung sepenuhnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas Hafisham lagi, bagaimana lori pasir yang dipandu seorang lagi individu tidak terbakar selain pemandunya juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Siasatan awal mendapati, lori yang dipandu mangsa melanggar sebuah lori pasir sebelum lorinya terbakar. 

“Namun, kita sedang menyiasat kes ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui punca sebenar kejadian,” ujarnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya