Pekerja kilang maut tangan tersepit mesin - Utusan Malaysia

Pekerja kilang maut tangan tersepit mesin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN BARU: Seorang lelaki maut selepas tersepit pada mesin suntikan (moulding) ketika sedang bekerja di sebuah kilang di sini awal pagi ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mangsa, Zaid Berahim, 33, mengalami kecederaan parah selepas tersepit pada bahagian tangan pada mesin berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4 pagi dan mengambil masa kira-kira dua jam sebelum mengeluarkan mangsa iaitu pada pukul 6 pagi tadi.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN