Pegawai polis direman bantu siasatan rasuah RM30,000 - Utusan Malaysia

Pegawai polis direman bantu siasatan rasuah RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM30,000, dua tahun lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Masni Hajar Ghazali di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pence­gahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kemaman ketika hadir memberi keterangan, semalam.

Suspek yang berkhidmat di bahagian narkotik di sebuah ibu pejabat polis daerah di negeri ini disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM30,000 pada 2018.

Perbuatan itu didakwa dilakukan sebagai dorongan meringankan kesalahan seorang individu yang ditahan polis kerana terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga  20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi jika sabit kesalahan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya