Patuh perintah pakai pelitup muka - Utusan Malaysia

Patuh perintah pakai pelitup muka

SEBAHAGIAN pengunjung Pasar Siti Hajar mematuhi arahan memakai pelitup muka di Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ ZAAIN MD ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Keseluruhan peniaga dan pengunjung Pasar Siti Hajar Pasir Puteh Sentral di sini, memakai pelitup muka sepanjang berjual beli sebagai mematuhi arahan wajib yang diwartakan kerajaan bermula hari ini. 

Tinjauan pagi ini mendapati hanya kedai makan dan ruang niaga makanan kering dibuka dengan mendapat kunjungan ramai terutama perantau yang pulang beraya di kampung halaman. 

Seorang peniaga, Ismail Awang, 48, berkata, arahan memakai pelitup muka adalah bertepatan dengan waktunya kerana status perantau yang berada di seluruh pelusuk negara tampil sebagai pembeli tidak diketahui oleh peniaga.

“Ini adalah langkah waspada untuk mengekang penyakit yang kita tidak mampu lihat dengan mata kasar. 

“Bukan sekadar khuatir disaman RM1,000 tetapi yang paling utama takut kepada wabak penyakit yang boleh membawa maut dan menjangkiti orang lain,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Ismail berkata, ramai perantau ke pasar itu untuk mendapatkan bekelan keropok keping , serunding dan budu untuk dibawa balik ke ibu kota.

Seorang lagi peniaga, Fatimah Ismail, 38, berkata, orang ramai memahami hasrat kerajaan untuk terus mengekang covid-19 dan bukan menjadi masalah kepada mereka untuk mengamalkan norma baharu.

Menurutnya, peniaga di pasar ini juga sering memberi peringatan kepada pengunjung agar menjaga jarak fizikal sekiranya wujud situasi yang bertentangan dengan peraturan baharu.

“Perintah untuk kebaikan bersama perlu dipatuhi dan sedaya upaya mengamalkannya bagi mengelakkan pembaziran wang untuk membayar saman yang mungkin dikenakan. RM1,000 bukan satu jumlah yang kecil,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya