PATI pakai pelitup muka elak ditahan - Utusan Malaysia

PATI pakai pelitup muka elak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

RANTAU PANJANG : Dua tekong darat warga tempatan bersama enam pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu apabila usaha mereka untuk meloloskan diri dengan memakai pelitup muka berjaya dipatahkan agensi berkenaan.

Kesemua suspek itu berjaya ditahan di Kampung Tok Bilal, Panyit Machang semalam selepas dikejar anggota PGA Batalion 9 Kuala Terengganu dari Bukit Tandak, Rantau Panjang.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9 Kuala Terengganu Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, semasa rondaan rutin dilakukan pada pukul 6 pagi anggotanya telah melihat sebuah pacuan empat roda yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota PGA terus mengekori rapat kenderaan tersebut yang ketika itu menghala ke Tanah Merah dari Bukit Tandak.

“Kita kejar kenderaan itu sehingga ke Kampung Tok Bilal, Panyit Machang sebelum pemandunya memberhentikan pacuan empat roda tersebut di tepi jalan.

“Sebelum itu, kita telah mengarahkan mereka supaya berhenti namun tidak diendahkan dan terus memecut laju,” katanya.

Nor Azizan memberitahu, dua lelaki warga tempatan yang sebelum itu bertindak sebagai tekong darat telah cuba melarikan diri namun berjaya dicekup oleh anggota PGA.

Katanya, saringan awal ke atas dua lelaki tempatan itu mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan itu membawa kepada penemuan empat wanita dan lelaki warga Myanmar disyaki PATI.

“Kes tersebut disiasat dibawah Sek 26 (J) Atipsom 2012, Sek 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya