Norhizam letak jawatan Pengerusi Pengakap Melaka - Utusan Malaysia

Norhizam letak jawatan Pengerusi Pengakap Melaka

NORHIZAM Hassan Baktee (kanan) menunjukkan surat peletakan jawatan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Pengakap Negeri Melaka (MPNM) bersama (dari kanan) Muhammad Muhaimin Lau Abdullah, Azlan Mokhtar dan Norman Burhan di pejabatnya, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, hari ini. Foto: RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ahli Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Melaka (MPNM), Datuk Norhizam Hassan Baktee bersama-sama tiga lagi ahli jawatankuasa tertinggi mengumumkan meletakkan jawatan hari ini. 

Turut mengambil keputusan sama ialah Timbalan Pengerusi, Muhammad Muhaimin Lau Abdullah; Setiausaha Kehormat, Azlan Mokhtar dan Bendahari Kehormat, Norman Burhan. 

Norhizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani dan Koperasi negeri berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapati terdapat ketirisan dalam Pengurusan Beruniform Pengakap Negeri.

Menurutnya, perkara itu telah dilaporkan kepada Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia sejak April tahun lalu, namun tiada sebarang tindakan susulan diambil.

Dakwanya, ketirisan itu juga telah menyebabkan prestasi kewangan terjejas teruk dan menanggung saman berjumlah RM729,000 dibuat pihak kontraktor yang menjalankan kerja-kerja baik pulih kem Pengakap Melaka di Pengakalan Badak.

Mereka (Pengurusan) sering membuat keputusan berhubung kewangan dengan membelakangi Majlis Pengakap Negeri Melaka.

“Ketirisan ini juga menyebabkan Pengakap Melaka menanggung beban hutang yang tinggi termasuk jumlah saman sebanyak RM729,000 oleh pihak kontraktor yang membaik pulih kem,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini. 

Mengulas lanjut, Norhizam menyifatkan situasi itu sebagai ‘barah’ sehingga wujud perpecahan dalam kalangan pemimpin yang telah lama menyumbang tenaga dan kewangan. 

“Apa yang berlaku telah menghakis keyakinan ahli-ahli pengakap termasuk penyumbang dan menyebabkan rasa tidak hormat terhadap unit badan beruniform ini.

“Dengan itu kami menganggap keputusan untuk melepaskan jawatan ini secara serta-merta adalah tepat,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN