Nenek, dua cucu nyaris terperangkap dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Nenek, dua cucu nyaris terperangkap dalam kebakaran

Kebakaran memusnahkan sebuah rumah di Kampung Baru, Rompin di Jempol, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang nenek bersama dua cucunya nyaris terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka, Kampung Baru, Rompin, dekat sini pagi tadi. 

Warga emas berusia 78 tahun dan kanak-kanak berusia 5 dan 8 tahun itu sempat keluar dari rumah tersebut selepas menyedari berlaku kebakaran. 

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi dan memusnahkan keseluruhan rumah kayu  itu dikatakan bermula dari belakang rumah berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul  11.36 pagi. 

Sepasukan anggota masing-masing dari Balai Bomba Dan Penyelamat Bahau dan Bandar Seri Jempol kemudian bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan itu .

Ahmad Mukhlis memberitahu, punca kebakaran masih dalam siasatan termasuk anggaran kerugian.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya