Neelofa duta Asia Tenggara Lancome - Utusan Malaysia

Neelofa duta Asia Tenggara Lancome

NOOR NEELOFA MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa Mohammad Noor atau Neelofa melakar sejarah apabila dilantik sebagai duta Asia Tenggara pertama jenama produk kecantikan antarabangsa, Lancome.

Neelofa, 31, berkata, pelantikan itu merupakan satu tanggungjawab besar dan semestinya dia berbangga serta bersyukur dengan kejayaan tersebut.

“Lancome banyak menyokong kerjaya saya sejak 2017. Sudah lama saya menyimpan impian untuk bekerjasama dengan jenama yang mengutamakan kebahagiaan,  cita-cita,  dan menjalani kehidupan sepenuhnya dengan indah serta bermakna.

“Saya tak sangka diberi berpeluang menjadi wanita Malaysia pertama dilantik sebagai duta Asia Tenggara bagi produk ini.

“Mewakili wanita muslim berhijab bersama produk antarabangsa ini boleh dianggap sebagai jihad kecil saya.  Diharapkan jalinan ini dapat mendapat keberkatan daripada-Nya,” katanya.

Pengasas empayar hijab, Naelofar itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Asia Tenggara Lancome di sini, semalam.

Tambah Neelofa, pemilihannya itu dianggap sebagai satu kejayaan buat negara kerana selama ini wajah produk asal Perancis itu sering menampilkan model atau selebriti luar negara.

“Lancome sering tampil dengan wajah dan duta baharu dari Jepun, Korea dan China. Selalunya wakil daripada Asia Tenggara tidak dipandang sangat.

“Tetapi siapa sangka akhirnya wakil dari Malaysia dipilih menerusi satu proses yang panjang. Ini satu kebanggaan buat kita,” katanya.

Neelofa juga bakal tampil dengan kempen Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2021 yang merupakan kali pertama diperkenalkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya