Mohd. Khairuddin, ahli keluarga sahkan beri keterangan - Utusan Malaysia

Mohd. Khairuddin, ahli keluarga sahkan beri keterangan

MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mengesahkan beliau memberi keterangan polis semalam berhubung kegagalan mematuhi kuarantin wajib di rumah selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.

Beliau memberi keterangan bersama ahli keluarganya di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur selama dua jam mulai pukul 8.45 malam.

“Ya semalam saya ke Bukit Aman (beri keterangan). Itu kali pertama, bukan kali kedua seperti yang diberitakan sesetengah media.

“Saya berikan keterangan yang patut sebagai saksi bagi kes yang dibangkitkan. Polis juga ambil keterangan ahli keluarga saya, semua empat orang termasuk saya,” katanya. selepas Program Jom Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) Negeri Perak di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan dipanggil lagi untuk memberi keterangan, Mohd. Khairuddin menyerahkan perkara itu kepada polis.

Menurutnya, beliau berpuas hati terhadap kesnya itu apatah lagi beliau telah meminta maaf sebelum ini.

“Saya sudah umum permintaan maaf atas kekhilafan saya. Isu ini tidak jejaskan kerja saya.

“Manusia mana yang tak buat salah, saya tak buat salah melibatkan kerja saya, cuma satu kekhilafan dalam isu SOP,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan polis merakam keterangan Khairuddin bagi membantu siasatan berhubung kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kuarantin wajib di rumah selepas pulang dari luar negara.

Mohd. Khairuddin turut dikompaun oleh kementerian sebanyak RM1,000 atas kesalahan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya