MBPP turun padang beri didikan patuh SOP Covid-19 - Utusan Malaysia

MBPP turun padang beri didikan patuh SOP Covid-19

M. BAWANI (dua dari kanan) ketika menjalankan Operasi Pematuhan SOP Covid-19 di sebuah premis perniagaan di Lebuh King, Georgetown, Pulau Pinang, semalam. - FOTO/MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sebanyak 366 pemilik premis di sekitar pusat bandar ini dikesan masih gagal mematuhi prosedur standard operasi (SOP) Covid-19 sepanjang tempoh Perintah Pergerakan Kawalan Pemulihan (PKPP) sehingga semalam.

Pegawai Kesihatan Persekitaran, Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), M. Bawani berkata, jumlah tersebut adalah hasil tinjauan ke atas 42,714 premis perniagaan di dua daerah negeri ini sejak 10 Jun lalu.

Menurutnya, antara ketidakpatuhan SOP itu adalah kegagalan memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan penyediaan kaunter pemeriksaan suhu badan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 42,348 premis didapati telah mematuhi SOP ditetapkan sepanjang tempoh PKPP. Peratusan kepatuhan SOP adalah 99.14 peratus.

“Kita sentiasa turun padang memberi pendidikan kepada orang ramai tentang SOP Covid-19. Ini adalah misi kerajaan negeri dalam memastikan bahagian pulau kekal zon hijau,” katanya pada sidang akhbar Operasi Pematuhan SOP Covid-19, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, operasi yang dijalankan selama dua jam mulai pukul 2.30 petang tadi membabitkan lima buah premis perniagaan termasuk dua buah restoran nasi kandar di Jalan Gurdwara, Lebuh King dan Dato Keramat.

Jelasnya lagi, penggunaan aplikasi MySejahtera digalakkan di semua premis perniagaan bagi memudahkan proses pengesanan kontak oleh Kementerian Kesihatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya