Maut terkena serpihan mata mesin pencanai - Utusan Malaysia

Maut terkena serpihan mata mesin pencanai

Anggota polis mengusung mayat seorang lelaki yang maut dipercayai akibat terkena mata mesin pencanai di Taman Kristal, Sungai Petani di Sungai Petani, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut selepas terkena serpihan mata mesin pencanai di sebuah rumah di Taman Kristal, Padang Temusu di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 11.40 pagi itu berlaku di dalam bilik belakang rumah teres setingkat semasa mangsa yang berumur 35 tahun cuba mematikan suis mesin berkenaan tetapi tergelincir dan terjatuh berdekatan mesin itu. 

Mangsa maut di tempat kejadian selepas terkena serpihan mata mesin itu di leher kanannya.

Mangsa yang berasal dari Pendang tinggal menumpang di rumah rakannya yang merupakan pemilik rumah itu sejak tiga minggu lalu dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda,Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada pemilik rumah itu pada pukul 12.13 tengah hari selepas menjumpai rakannya tertiarap berlumuran darah.

Kata Adzli, pemilik rumah itu terkejut selepas terdengar bunyi mesin pencanai dihidupkan yang kemudiannya diikuti dengan bekalan elektrik di rumahnya terputus menyebabkan dia 

mengesyaki sesuatu berlaku sebelum cuba mencari puncanya.  

“Pemilik rumah itu kemudiannya menemui mangsa tertiarap berlumuran darah berdekatan mesin itu. 

“Dia terus memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis dan siasatan mendapati mangsa maut akibat terkena serpihan mata mesin pencanai dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya. 

Mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat di Hospital Sultan Abdul Halim di sini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya