Maut selepas rentas hutan - Utusan Malaysia

Maut selepas rentas hutan

ANGGOTA bomba mengangkat mayat lelaki yang meninggal dunia setelah mengadu penat selepas melakukan aktiviti rentas hutan di Bukit Kledang di Ipoh, hari ini. - Foto IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Keterujaan seorang lelaki melakukan aktiviti rentas hutan bertukar tragedi apabila dia meninggal dunia setelah mengadu penat sebelum pengsan.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi di Bukit Kledang di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, mangsa Chai Cheong Loon, 48, disahkan meninggal dunia sebaik sahaja turun dari bukit tersebut.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.30 pagi.

“Sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh ke lokasi kejadian.

“Mangsa  dipercayai naik ke atas bukit yang berketinggian 500 meter itu untuk melakukan aktiviti rentas hutan,” katanya.

Difahamkan, mangsa bagaimanapun pengsan semasa tiba di kaki bukit sebelum kejadian dimaklumkan oleh orang awam.

Sebaik sahaja bomba tiba, keadaan mangsa kelihatan lemah lalu pegawai operasi meminta bantuan pihak perubatan.

“Dia bagaimana pun disahkan telah meninggal dunia oleh anggota paramedik sebaik tiba di kaki bukit.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” jelas jurucakap tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya