Maqis rampas cubaan bawa masuk produk babi - Utusan Malaysia

Maqis rampas cubaan bawa masuk produk babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor mematahkan cubaan menyeludup masuk produk babi dibawa dari Singapura di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini hari ini. 

Pengarahnya, Nur Afifah A. Rahman berkata, perkara itu terbongkar apabila pihaknya membuat pemeriksaan ke atas dua kotak yang dibawa masuk melalui kiriman pos antarabangsa pada pukul 3.30 petang. 

Menurut beliau, pihaknya percaya produk berkenaan dibawa masuk ke negara ini untuk kegunaan peribadi. 

“Hasil pemeriksaan menemukan enam tin produk babi yang dimuatkan dalam dua kotak  bersama dengan barangan lain. 

“Produk babi tersebut dibawa masuk tanpa permit import Maqis dan sijil kesihatan dari negara asal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Tambah Nur Afifah, larangan pengimportan serta membawa masuk daging babi dan produk babi dari luar negara adalah bagi menghalang risiko virus African Swine Fever (ASF) ke negara ini. 

“Terdapat 12 negara yang disekat pengimportan daging babi dan produk babi iaitu China, Poland, Belgium, Thailand, Vietnam, Kemboja, Hong Kong, Myanmar, Laos, Korea, Filipina dan Indonesia,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya