Maqis rampas 87,004kg bawang besar India - Utusan Malaysia

Maqis rampas 87,004kg bawang besar India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri

merampas  87,004 kilogram (kg)  bawang besar dari India ketika pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini Selasa lalu.

Rampasan dilakukan ketika pemeriksaan rutin  pukul 4.20 petang selepas mendapati produk berkenaan dibawa masuk tanpa mematuhi syarat permit import.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkatas, siasatan pihaknya mendapati pengimport tidak mematuhi syarat permit import Maqis iaitu tidak mematuhi Sijil Perakaun 3P (penggredan, pembungkusan dan pelabelan).

“Sebanyak 87,004kg  bawang besar  bernilai RM64,852.98 dirampas bagi siasatan lanjut,” katanya hari ini.

Menurut Zarina, kegagalan mengemukakan maklumat tersebut  adalah kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Tambah beliau, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya