Makin ramai ahli Bersatu tinggalkan Muhyiddin - Utusan Malaysia

Makin ramai ahli Bersatu tinggalkan Muhyiddin

SEBAHAGIAN pemimpin dan ahli Bersatu Langkawi yang keluar parti itu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Langkawi lumpuh apabila Timbalan Ketua Bahagian Bersatu, Shukor Bahari dan 22 ahli jawatankuasa bahagian mengumumkan keluar parti berkuat kuasa semalam.

Mereka mengambil keputusan tersebut kerana ingin terus berjuang dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menubuhkan parti baharu.

Selain Shukor, Setiausaha Bersatu bahagian, Azlina Mansor; Bendahari, Jamari Mahtar dan Ketua Penerangannya, Zamree Yahya turut mengambil langkah sama..

Menurut beliau, sebanyak 16 cawangan Bersatu Langkawi yang melibatkan lebih 4,900 ahli turut terbubar secara automatik.

Di Kuala Lumpur, bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya yakin hampir 80 peratus ahli bakal mengucapkan selamat tinggal kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Memasuki hari ketiga pengumuman penubuhan parti baharu oleh Dr. Mahathir Mohamad, Bersatu menerima tamparan hebat apabila satu demi satu cawangan, bahagian dan kepimpinannya mengundurkan diri,” kata beliau.

Beliau berkata, meskipun belum ada ahli Parlimen Bersatu yang memberikan respon untuk bersama, suara akar umbi jelas ingin dipimpin oleh Dr. Mahathir.

“Terakhir yang kita tahu ahli Bersatu ada lebih kurang 400,000 orang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Di Pulau Pinang, kira-kira 750 ahli Bersatu daripada 11 cawangan yang melibatkan dua bahagian di negeri ini dijangka keluar parti.

Menurut beliau, seramai 500 melibatkan ahli parti Bersatu di enam cawangan di Bagan iaitu di Jalan Assumption, Bagan Jermal, Kampung Acham, Sungai Puyu, Taman Bagan dan Mak Mandin.

Katanya, baki 250 melibatkan ahli di lima buah cawangan di Permatang Pauh iaitu di Jalan Baru, Permatang Pauh, Bukit Indera Muda, Mengkuang dan Kuala Mengkuang.tali’ selepas ketiadaan Dr. Mahathir.

Di Pahang, Bendahari Bersatu Pahang, Mohamad Rafidee Hassim mengisytiharkan keluar parti dan menyertai PKR berkuat kuasa semalam.

Mohamad Rafidee yang juga bekas calon Bersatu bagi Parlimen Kuala Krau dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu berkata, tindakannya itu disertai kira-kira 200 ahli Bersatu lain daripada Jengka, Jenderak dan Kerdau.

Di Perlis, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) negeri, Shazwan Fahmi Badrul Sham turut meninggalkan parti itu berkuat kuasa semalam.

Pengisytiharan tersebut sekali gus tergugurlah semua jawatan yang disandangnya di dalam Bersatu termasuk Ketua Armada Bahagian Arau.

Katanya, keputusan tersebut diambil selepas berbincang dengan kepemimpinan bahagian, cawangan dan Armada negeri yang datang berjumpa dengan beliau beberapa hari lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN