KUALA KRAI: Seorang pemilik bengkel dan dua pekerjanya maut selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 76.5, Jalan Kota Bahru-Gua Musang dekat Kampung Pahi di sini, semalam. Dalam nahas kira-kira pukul 5 pagi itu, pemilik bengkel Zainuri Idham Mohamad Zulkifli, 22, yang juga pemandu kenderaan tersebut serta dua pekerjanya, Mohammad Zulffairy Nasir, 19, dan warga Thailand, Syed Muhammad Khairi Syed Ismail, 19, maut di lokasi kejadian. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad, polis menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut kira-kira…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya