Mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap Azwanddin - Utusan Malaysia

Mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap Azwanddin

PENGANGGUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah kerana gagal hadir pada prosiding komital terhadapnya.

Hakim Rohani Ismail memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam, Sankara Nair yang mewakili bekas Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim.

Teresa memfailkan permohonan komital terhadap Azwanddin pada 8 Oktober 2019 selepas responden gagal mematuhi terma penghakiman persetujuan dalam satu kes saman fitnah iaitu menerbitkan permohonan maaf di tiga akhbar iaitu Sinar Harian, The Star dan Sin Chew Daily serta membayar kos.

Mengikut terma penyelesaian, Azwanddin perlu menerbitkan permohonan maaf itu dan membayar kos dalam tempoh 45 hari selepas kes itu diselesaikan secara baik pada 29 Julai 2019.

Teresa memfailkan saman fitnah terhadap Azwanddin pada 8 Januari 2019 berikutan ucapan berbaur fitnah lelaki itu dalam satu perhimpunan di Dataran Seni Klang, Selangor yang mengaitkan bekas menteri itu dalam pertikaian tanah melibatkan kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya