Lebih lima jam padam kebakaran kilang ayam - Utusan Malaysia

Lebih lima jam padam kebakaran kilang ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Seramai 20 anggota bomba dari tiga buah balai bomba dan penyelamat di sini bertungkus-lumus menjalankan operasi pemadaman di sebuah kilang ayam yang terbakar sejak awal pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat negeri berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 4.32 pagi. 

Katanya, seramai anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, BBP Padang Temu dan BBP Jasin dikejarkan ke lokasi kejadian bersama-sama tiga buah jentera. 

“Pasukan BBP Merlimau diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Norazlan Abu Bakar telah tiba di lokasi pada pukul 4.42 pagi dan penilaian menyeluruh dilakukan. 

“Beliau kemudian meminta pasukan bantuan dari BBP Padang Temu dan Jasin untuk mengawal kebakaran kira-kira 30 peratus dari luas kilang,” katanya ketika dihubungi di sini hari. 

Jelasnya, sehingga pukul 9.30 pagi tadi kerja-kerja operasi pemadaman masih giat dijalankan. 

“Kini luas kebakaran telah merebak kira-kira 40 peratus dan kerja pemadaman sedang dibuat dikawasan ‘chiller’,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya