KUALA LUMPUR: Selepas menimbulkan kekecohan dalam sidang Dewan Rakyat, Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) diarah keluar pada sesi petang hari ini.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan beliau keluar selepas ingar arahan yang memintanya duduk ketika sesi penggulungan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020.
Tindakan tersebut dibuat susulan kekecohan yang timbul selepas Tengku Zafrul membuat pendedahan berhubung 101 projek dibawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang bernilai RM6.61 bilion dibuat secara rundingan terus. – UTUSAN ONLINE