GEORGETOWN: Perkhidmatan Rapid Ferry di negeri ini tergendala sejak semalam dan dijangka pulih Rabu ini berikutan empat buah feri mengalami masalah teknikal.
Ketua Rapid Ferry, Osman Amir berkata, penangguhan perkhidmatan feri terlibat melibatkan operasi dari Pangkalan Raja Tun Uda ke Pangkalan Sultan Abdul Halim bagi kedua-dua hala.
Sehubungan itu, katanya, Rapid Ferry menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk membawa penumpang dari Penang Sentral di Butterworth ke Terminal Weld Quay di bahagian pulau.
“Sebanyak 10 buah bas disediakan dengan frekuensi 10 hingga 20 minit. Pihak Rapid Ferry memohon maaf atas segala kesulitan,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Info
Berikut adalah makluman bagi perkhidmatan bas:
Dari Penang Sentral (Platform 11 & 12)
Bas Pertama : 06.00 pagi
Bas terakhir : 11.00 malam
Dari Terminal Weld Quay (Terminal A)
Bas Pertama : 07.10 pagi
Bas terakhir : 11.00 malam