Kerajaan kaji turunkan harga pelitup muka bukan perubatan - Utusan Malaysia

Kerajaan kaji turunkan harga pelitup muka bukan perubatan

ROSOL Wahid ketika berucap dalam Persidangan Bersatu Hulu Terengganu di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kerajaan sedang mengkaji untuk menurunkan harga pelitup muka bukan perubatan yang ketika ini berharga RM1 sekeping.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, cadangan itu bagi membolehkan rakyat mendapatkan bekalan pelitup muka berkenaan pada harga lebih rendah berbanding jenis perubatan.

“Saya difahamkan harga yang kita tetapkan hari ini iaitu RM1 sekeping sebenarnya harga bagi pelitup muka jenis perubatan. 

“Pihak kerajaan sedang membuat kajian mengenai perkara ini dan kita akan menurunkan harga bagi pelitup jenis biasa dan ini baharu kemungkinan, belum diputuskan lagi,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Bersatu Hulu Terengganu di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sini hari ini. 

Harga siling runcit bagi sekeping pelitup muka tiga lapisan ditetapkan RM1 berkuat kuasa 16 Ogos lalu.

Menurut Rosol, harga pelitup muka biasa dijangka akan lebih murah lagi pada masa depan dan ia secara tidak langsung merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN