Kementerian Kesihatan terima RM5.2 juta sumbangan Covid-19 - Utusan Malaysia

Kementerian Kesihatan terima RM5.2 juta sumbangan Covid-19

ADHAM Baba menerima sumbangan daripada Presiden Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia, Datuk Ting Siew Haw (tiga dari kanan) pada majlis penyampaian sumbangan Covid-19 di Putrajaya hari ini. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan hari ini menerima sumbangan berjumlah RM5,192.672.80 daripada pelbagai pihak untuk dimanfaatkan petugas barisan hadapan sektor kesihatan dalam menangani penularan wabak Covid-19.

Sumbangan tersebut yang merangkumi peralatan kesihatan, kelengkapan perlindungan peribadi (PPE), cecair pembasmi kuman, pelindung muka, pelitup muka, produk kecantikan dan kebersihan diri.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba menerima sumbangan itu daripada 10 penyumbang yang mewakili syarikat dan persatuan.

Dalam satu majlis yang diadakan di kementerian tersebut, Adham menerima sumbangan berjumlah RM2,500,000 yang berupa 10,000 set produk kecantikan dan kebersihan diri yang disumbangkan oleh Lóreal Malaysia.

Selain itu, Nanjing Development Sd.Bhd. dan Nanjing Tica Climate Solutions Co.LTD (China) menyumbang sistem peralatan perubatan hibrid ICU/OT NX-AHU berjumlah RM1 juta.

Bukan itu sahaja, kementerian berkenaan turut menerima sumbangan sebanyak 40,300 set PPE yang berjumlah RM420,000.

RB (Health) pula menyumbangkan sebanyak 300,000 unit sabun Detol 65 gram dan 100,000 unit pelitup muka tiga lapis dengan jumlah keseluruhan RM628,692.80. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya