Keluarga reda pemergian tiga sekeluarga - Utusan Malaysia

Keluarga reda pemergian tiga sekeluarga

MELAKA 21 OGOS 2020. Anak mangsa, FATASHAH Roslan menunjukkan gambar Masitah Kassim@Ismail (kiri) yang maut dalam kejadian kemalangan di Jalan Bentong-Raub berhampiran Lurah Bilut, Pahang ketika ditemui di Taman Seri Duyong 2, Ayer Molek, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Patutlah kali terakhir melihat ibu petang semalam, wajahnya redup.
Rupanya ia petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” kata Fatashah Roslan, 25.

Guru mengaji itu adalah anak kepada Masitah Kassim@Ismail, 54, yang maut dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menghadiri kenduri kahwin anak saudaranya di Kelantan, pukul 8.25 pagi ini.

Turut maut adalah adik Masitah, Muslaini, 48, dan kakak iparnya Norasmah Ismail, 55.

Fatashah yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik berkata, ibunya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap ketika kali terakhir dia melihatnya semalam.

“Memang kami adik-beradik dan ayah, Roslan Jaffar, 58, tidak ikut ibu ke Kelantan kerana
sengaja memberi peluang kepadanya meluangkan masa bersama adik-beradiknya dan iparnya.

“Namun apakan daya, semua ini sudah ketentuan Allah SWT dan kami menerimanya dengan reda,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Duyung, dekat sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan rombongan dua beradik bersama lapan yang lain bagi menghadiri kenduri kahwin di Kelantan menjadi perjalanan terakhir apabila mereka maut selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 18 Jalan Bentong-Raub, Pahang.

Semasa kejadian kesemua mangsa menaiki kereta Proton Exora berkonvoi dengan sebuah lagi kereta Proton Saga yang juga terlibat dalam nahas.

Mangsa cedera adalah Pemandu Proton Exora Muhammad Nurhuzaifah Abdul Rahman, 21, dan tiga lagi penumpang, Shamsiah Kassim@Ismail, 43, Mariah Kassim@Ismail, 46, dan kanak-kanak berusia enam tahun, Mohd. Akil Zairi.

Sementara itu, Fatashah berkata, kesemua jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Pulai, di sini tengah malam ini selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Bentong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya