JPJ kutip RM3.85j saman - Utusan Malaysia

JPJ kutip RM3.85j saman

SHAHARUDDIN KHALID menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JPJ Zon Selatan di Seremban, Negeri Sembilan hari ini. Hadir sama, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Azrin Borhan (dua, dari kanan) -UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 51,178 saman telah dijelaskan orang ramai susulan diskaun 70 peratus ditawarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena bulan kemerdekaan yang bermula 1 Ogos lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, daripada jumlah saman tersebut sebanyak RM3.85 juta berjaya dikutip setakat 15 Ogos lalu. 

“Semua saman ini dikutip melalui pelbagai saluran pembayaran JPJ seperti di kaunter, kaunter bergerak, portal dan kiosk.

“Ketika ini sebanyak 2.5 juta saman masih belum dijelaskan dan JPJ menyasarkan mengutip kira-kira RM200 juta hasil susulan tawaran diskaun yang diumumkan sebelum ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JPJ Zon Selatan di Klana Resort Seremban di sini hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong sebelum ini mengumumkan tawaran diskaun 70 peratus saman JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sempena bulan kemerdekaan bermula 1 Ogos hingga 31 Ogos ini.

Dalam pada itu, Shaharuddin berkata, orang ramai dinasihatkan untuk segera mengambil peluang berkenaan bagi menjelaskan saman tertunggak mereka dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelak kesesakan.

“Saya berharap orang ramai segera menjelaskan saman mereka dan sekiranya gagal mereka berdepan dengan tindakan termasuk disenarai hitam.

“Apabila disenarai hitam pengguna bakal berdepan masalah seperti untuk tujuan pembaharuan lesen memandu, lesen kenderaan motor, proses tukar hak milik dan lain-lain lagi urusan dengan JPJ,” jelasnya.

Katanya, bagi kesalahan yang disenarai hitam, orang ramai boleh hadir ke pejabat JPJ cawangan atau negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dilakukan di kaunter.

“Saya juga menyeru orang ramai yang berurusan di kaunter JPJ supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” tambahnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya