Jawi: UMNO Jerantut selar Yu Hui - Utusan Malaysia

Jawi: UMNO Jerantut selar Yu Hui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: UMNO Bahagian Jerantut menyelar tindakan biadab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui yang bertindak memfailkan permohonan di mahkamah mencabar ketetapan kerajaan Pahang bagi mewajibkan penggunaan tulisan Jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di seluruh negeri ini. 

Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah berkata, adalah keterlaluan dan melampau apabila wakil rakyat DAP itu menuduh kerajaan negeri memaksa pemilik perniagaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana pihak untuk melaksanakan penggunaan tulisan Jawi. 

Menurutnya, UMNO Bahagian Jerantut melihat tindakan Yu Hui jelas mencabar titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar penggunaan tulisan Jawi diperluaskan di papan tanda jalan, premis perniagaan dan perumahan demi memartabatkan semula tulisan itu yang semakin terpinggir.

“Tindakan Yu Hui ini jelas menunjukkan sikap dan sentimen ADUN DAP ini terhadap orang Melayu, yang perlu disedari dan diinsafi semua.

“Kita telah melihat bagaimana sikap pihak tertentu terhadap penggunaan tulisan Jawi sebelum ini telah membangkitkan reaksi dan suasana ketidakharmonian oleh pihak lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Nazri berkata, adalah malang bagi kehidupan rakyat pelbagai kaum di negara ini apabila isu berhubung tulisan Jawi mula kendur, ada lagi pemimpin DAP yang dilihat seolah-olah ‘cuba menyimbah minyak panas’ yang dikhuatiri boleh mencetuskan rasa tidak puas hati pihak lain.

“Tambahan dalam suasana ketika umat Islam sedang meraikan Hari Raya Aidiladha ketika ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya